Bangsar, 5 Mac: Satu mesyuarat EGM tergempar Main Wayang telah di adakan di Restoran Sri Ananda Bahwan, Bangsar. Mesyuarat ini mendapat hadiran penuh dari semua ahli-ahli tegar Main Wayang, iaitu
- Cikgu Kesihatan Badan, Mental & Spiritual; Encik Ayam Fared
- Cikgu Bunyi Micro & Macro; Encik Sudarshan Kumar
- Cikgu Bayang-bayang Realiti & Virtual; Encik Fairuz Sulaiman
- Cikgu Pak Dogol Alor Staq; Encik Shaffiq Ahmad
- Cikgu Arkib Hidup: Encik Ahmad Firdaus
- Cikgu Penjaga Keseimbangan Semesta; Cik Shafiqa Nabeera
Dalam mesyuarat ini, pelbagai isu-isu penting telah diketengahkan, antaranya isu jadual bengkel dan hal-hal logistik. Perbincangan dalam bentuk 'brain storm' juga diadakan untuk mengolah content bengkel kreatif. Dengan bantuan makanan yang membelai perut, mesyuarat ini berjaya diselesaikan dalam masa 2 jam 35 minit. Syabas! Mesyuarat ini pun bersurai dengan senyuman panjang lebar dan semangat berkobar-kobar dalam semua ahli-ahli Main Wayang! Semoga success!
![]() |
Good people, good meeting! |