Tuesday, March 17, 2015

Mesyuarat EGM pertama Main Wayang


Bangsar, 5 Mac: Satu mesyuarat EGM tergempar Main Wayang telah di adakan di Restoran Sri Ananda Bahwan, Bangsar. Mesyuarat ini mendapat hadiran penuh dari semua ahli-ahli tegar Main Wayang, iaitu

- Cikgu Kesihatan Badan, Mental & Spiritual; Encik Ayam Fared
- Cikgu Bunyi Micro & Macro; Encik Sudarshan Kumar
- Cikgu Bayang-bayang Realiti & Virtual; Encik Fairuz Sulaiman
- Cikgu Pak Dogol Alor Staq; Encik Shaffiq Ahmad
- Cikgu Arkib Hidup: Encik Ahmad Firdaus
- Cikgu Penjaga Keseimbangan Semesta; Cik Shafiqa Nabeera

Dalam mesyuarat ini, pelbagai isu-isu penting telah diketengahkan, antaranya isu jadual bengkel dan hal-hal logistik. Perbincangan dalam bentuk 'brain storm' juga diadakan untuk mengolah content bengkel kreatif.  Dengan bantuan makanan yang membelai perut, mesyuarat ini berjaya diselesaikan dalam masa 2 jam 35 minit. Syabas! Mesyuarat ini pun bersurai dengan senyuman panjang lebar dan semangat berkobar-kobar dalam semua ahli-ahli Main Wayang! Semoga success! 


Good people, good meeting!

Monday, February 16, 2015

main wayang? apa tu?


main wayang adalah siri-siri bengkel kreatif seperti teater, animasi 2d, wayang kulit, video dan musik. bengkel-bengkel ini ditujukan untuk belia-belia di luar bandar.

bengkel-bengkel ini bertujuan untuk menarik minat belia terhadap media baru dan lama, dan juga untuk memperluaskan minda belia tentang dunia kreatif.

blog ini akan dijadikan sebagai satu pentas dokumentasi kepada orang ramai serta peserta-peserta yang terlibat dengan bengkel-bengkel kreatif ini.

nantikan ya!

DAY 1 On 7 – 11 September 2016, Sekolah Main Wayang conducted its first workshop and public showcase in Singapore in collaboration with...